Monday, 27 November 2017

Tambunan contoh daerah terbaik: Musa

Musa Aman (tengah) mendengar taklimat daripada Pegawai DAerah Tambunan, Thomas Logijin. - foto JKM
Musa Aman (tengah) mendengar taklimat daripada Pegawai DAerah Tambunan, Thomas Logijin. – foto JKM
TAMBUNAN – Kebolehan Tambunan dalam melaksanakan pembangunan terancang menjadikannya daerah yang wajar dicontohi oleh daerah lain di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pencapaian 100 peratus daerah itu dari segi penyediaan kemudahan asas terutama bekalan elektrik dan air di semua kampung merupakan kejayaan membanggakan.
“Kerajaan negeri amat kagum dengan pembangunan dan peningkatan kemudahan asas di daerah Tambunan seperti mana dalam taklimat yang diberikan oleh Pegawai Daerahnya (Thomas Logijin),” katanya selepas menghadiri taklimat pembangunan daerah Tambunan dan Keningau, di sini hari ini.
Taklimat itu disampaikan oleh Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Logijin manakala Keningau oleh Pegawai Daerahnya, Yusof Osman.
Musa berkata, taklimat tersebut yang meliputi pelbagai perkara seperti pembangunan, isu, cabaran, usaha pembasmian kemiskinan, tanah, kemudahan asas dan keperluan lain, penting bagi membolehkan kerajaan mengetahui perkembangan setiap daerah di negeri ini.
Jelas beliau lagi, pihaknya akan mengadakan lawatan kerja ke seluruh daerah di negeri ini bermula di Tambunan dan Keningau.
Dalam lawatan kerja ke Tambunan, beliau yang diiringi Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan turut melawat Air Terjun Mahua dan Rumah Anak Yatim Tambunan.
Share:

Tambunan, Sabah Malaysia.

Tambunan
Town in Malaysia
Tambunan is the capital of the Tambunan District in the Interior Division of Sabah, Malaysia. Its population was estimated to be around 2,553 in 2010. Wikipedia
Elevation750 m
Weather21°C, Wind E at 5 km/h, 100% Humidity
Population2,553 (2010)
Local timeMonday 10:10 PM
DivisionInterior
Share:

Sunday, 26 November 2017

Asal Usul Daerah Tambunan !


Pada zaman dahulu kawasan Tambunan hanya di penuhi oleh hutan hujan tropika. Hutan di situ penuh dengan pelbagai jenis haiwan, daripada lintah yang menghisap darah hinggahlah kerbau liar Borneo.Tidak ada manusia yang tinggal disitu pada mulanya. Namun demikian beberapa lama kemudian peneroka mula berhijrah ke selatan dari Nunukragang dan beberapa orang daripada mereka menetap di Tambunan. Kumpulan orang pertama yang sampai ketika itu dipimpin oleh Gombunan. Beliau seorang pahlawan dari kalangan puak Nunukragang, di samping juga seorang pemimpin yang berkebolehandan baik hati. Beliau mula meneroka dataran Tambunan yang subur disamping pengikutnya termasuk isteri dan anak mereka. 

Mereka menanam tanaman seperti padi huma, jagung ubi kayu, labu dan keladi merupakan aktiviti utama kaum wanita. Kaum lelaki pula banyak menghabiskan masa dengan memburu binatang liar daripada tupai hingga babi hutan dan rusa. Buah buahan hutan dan beri yang boleh dimakan untuk setiap orang pada ketika itu. Dan setiap orang akan gembira dan berpuas hati. Apabila bilangan penduduk bertambah, lebih banyak kawasan telah di bersihkan untuk menanam. Penduduk kampung itu mengelarkan diri mereka orang dataran (oleh kerana mereka tinggal di dataran Tambunan) menjadi bertambah maju dan aman damai dan berharmoni di bawah kepimpinan Gombunan.

Tetapi pada satu hari ,sekumpulan pahlawan yang ganas dari puak Tonsundung yang datang dari kawasan berbukit-bukau datang di sebelah timur menyerang orang dataran. Mereka memusnahkan tanam tanaman dan harta benda lain dan juga membunuh sebahagian daripada orang kampung itu. Gombunan dan pahlawannya bertindak cepat dan berjaya menghalau mereka dan penyerang penyerang tersebut telah mengalami kecedreraan yang teruk.

Puak Tonsundung yang marah atas kekalahan mereka itu bercadang hendak membalas dan membunuh Gombunan. Kejadian itu berlaku pada satu hari lebih kurang 30 orang pahlawan Tonsundung menangkap Gombunan yang ketika itu bersendirian di ladangnya dan membunuhnya. Mereka mencincang badanya dan membawa balik kepalanya sebagai tanda kemenangan. Kepala Gombunan digantung pada tiang yang tinggi untuk membolehkan orang Tonsundung membaca mentera dan memperolokan kematian ketua orang dataran.

Orang Dataran amat berdukacita apabila mengatahui kematian ketua mereka. Mereka berkabung beberapa hari sebagai tanda menghormatinya dan bersumpah akan membalas atas kematiannya. Sebagai mengenang akan jasanya mereka telah menamakan penempatan mereka tiu GOMBUNAN .

Dalam pada masa itu satu lagi puak dari kawasan berbukit-bukau di sebelah barat datang berhijrah di dataran. Mereka adalah puak Tamadon. Orang Tamadon merupakan orang yang ramah dan baik hati terhadap puak Gombunan. Mereka bersedia menghulurkan bantuan bagi memerangi puak Tonsudung kerana lambat-laun puak Tonsundung akan menyerang puak Tamadon. Oleh itu sebagai langkah mengelakan sebarang serangan yang mengejutkan daripada puak Tonsundung, puak Tamadon pun bergabung dengan puak Gombunan. Pada masa yang sama puak Tonsudung juga merancang hendak membunuh semua puak Gombunan. Mereka sebenarnya tidak sedar akan adanya gabungan dan pakatan daripada puak Gombunan dan puak Tamandon.

Sampai sahaja masanya puak Tonsundung pun melaksanakan niat jahat mereka, maka terperanjatlah mereka bahawa bilangan pihak lawan mereka bertambah ramai. Walaupun begitu pertempuran darah yang dashyat berlaku juga, lebih setengah bilangan puak Tonsundung telah terbunuh. Pahlawan yang terselamat pula telah melarikan diri ke hutan di sebelah timur untuk beberapa lama tidak kelihatan dibanding dengan mereka jumlah yang mengalami kecederaan hanya sedikit.

Puak Gombunan dan puak Tamadon merayakan kemenangan mereka dengan mengadakan pesta besar besaran, makanan dan minuman tapai di hidangkan dengan banyaknya. Kemuncak upacara itu ialah menamakan semulah penempatan dari Gombunan ke Tambunan. Selepas mendapat persetujuan orang orang tua kedua pihak. TAMdiambil dari Tamadon dan BUNAN diambil dari Gombunan dengan itu lahirlah TAMBUNAN hingga sekarang.



Share:

Tambunan di hatiku !

Tambunan, Sabah, sememangnya sebuah daerah yang mempunyai keunikan yang tersendiri kerana mempunyai tempat-tempat unik dan menarik yang mungkin tiada di tempat lain sebagai lokasi pelancongan sempena cuti-cuti bersama keluarga.

Tambunan

Mengikut cerita dahulu kala, nama Tambunan ini adalah gabungan di antara Orang Gombunan (Orang dataran) dan Orang Tamadon, selepas kemenangan besar yang mereka perolehi dalam peperangan. 

Tambunan merupakan kawasan lembah yang mirip dengan corak perkampungan serta warna pertanian di Switzerland, sehinggakan ada yang mengelarnya Switzerland of the East.

Berikut merupakan antara tempat-tempat yang menarik di daerah Tambunan sebagai panduan untuk dilawati bersama keluarga di masa lapang dan sempena cuti-cuti Malaysia.

1. Air Terjun Mahua

Mahua

Air Terjun Mahua terletak di Kampung Patau, kira-kira 12 km dari Pekan Tambunan. 7 km dari kampung Patau untuk sampai ke Pusat Informasi Pelancongan, pintu masuk ke Air Terjun Mahua. 

Lokasinya terletak antara Kampung Katagayan dan Kampung Mahua, Patau Tambunan. 

Antara keunikan tempat ini ialah suasana alamnya yang begitu menenangkan jiwa dengan aliran air yang jernih di bawa arus air terjun setinggi 50 kaki. 

Stone Face

Disamping itu antara keunikan Air Terjun Mahua ialah terdapat sebuah batu yang menyerupai kepala manusia yang terdapat dalam perjalanan masuk ke kawasan Air Terjun Mahua.

Suasananya yang nyaman turut diserikan dengan tumbuhan serta pelbagai hidupan yang hidup terpelihara.

2. Taman Sejadi Rafflesia Tambunan

Rafflesia

Taman Sejadi Rafflesia ini terletak lebih di jalan utama antara Kota Kinabalu dan Tambunan, mengambil masa 1 jam 30 minit perjalanan jika anda dari Bandar Kota Kinabalu. 

Selain bunga Rafflesia yang menjadi tarikan utama di taman ini, ada pelbagai flora dan fauna yang mungkin jarang anda lihat boleh didapati di sini.

Jika anda seorang pemerhati burung, tempat ini merupakan salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi.

3. Batu Gong Tambunan

Batu Gong

Lokasinya terletak di Kampung Solibog Tambunan dimana tempat batu ini mula-mula ditemui. 

Untuk pengetahuan semua, antara keunikan yang ada pada batu tersebut ialah ia boleh mengeluarkan bunyi yang merdu apabila dipalu.

Bunyi yang terhasil sama dengan bunyi alat muzik kaum dusun iaitu gong.

Keunikan batu ini sering dikaitkan dengan pelbagai cerita rakyat dan terus-menerus menjadi misteri di daerah Tambunan. 

4. Tugu Mat Salleh

Tugu Mat Salleh

Tugu Peringatan Datu Paduka Mat Salleh terletak sejauh 86 km dari bandaraya Kota Kinabalu dan terletak di Kg. Tibabar, Tambunan.

Perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam 30 minit.

Pastikan anda tidak mengambil jalan pintas di Kg. Kinabaan kalau tidak mahu terlepas peluang untuk sampai ke tempat ini.

Agak mudah untuk menemui tugu ini kerana sebuah tanda nama telah diletakkan di sebelah kanan (jika dari Kota Kinabalu) sebagai panduan.

Kita akan melalui sebuah kampung tradisional dengan keindahan alam semulajadi sebelum sampai ke tugu yang terletak betul-betul di hujung jalan.

Pahlawan Mat Salleh terkenal dengan kegagahannya menentang penjajahan British pada tahun 1990-an.

Batu ini didirikan bagi memperingati jasa beliau dalam menentang pihak Inggeris.

5. Gunung Trus Madi

Gunung Trus Madi

Anda boleh membuat pilihan destinasi di Tambunan dan kalau anda memilih untuk bergerak ke arah kampung Kaingaran, anda akan sampai di kaki Gunung Trus Madi setelah menempuh perjalanan sejauh 25km.

Gunung Trus Madi setinggi 8,669 kaki, muncul gunung kedua tertinggi di Malaysia sedia menerima kunjungan penggemar aktiviti lasak dari dalam dan luar negara.

Bagaimanapun tidak ada hotel di puncak gunung ini dan ia jelas tidak menjadi masalah kepada peminat yang sukakan pelancongan lasak seperti mendaki gunung ini.

Sebaik-baiknya anda boleh tidur dalam khemah yang didirikan sendiri atau beg tidur yang anda bawa bersama dalam persediaan awal.

Cuaca di puncak gunung memang sejuk dan keadaan menjadi lebih gawat kalau angin bertiup kencang membuatkan anda berada dalam keadaan kesejukan yang melampau.

6. Taman Tasik Rekreasi Tandarason TVRC

Tasik Tandarason

Antara tempat yang terkenal di Tambunan ialah Tandarason Resort & Country Club Tambunan. Tempat ini terletak lebih kurang 1 kilometer dari pekan Tambunan.

Aktiviti Sukan dan rekreasi yang terdapat disini ialah berkayak, Padle Boat, Jungle Trekking, Permainan tradisional dan banyak lagi.

Terdapat tasik buatan yang dipanggil Tasik Tandarason. Ditasik inilah sebahagian sukan rekreasi diadakan.

7. Tamu Pisompuruan Square

Tamu Pisompuruan Square

Anda juga boleh mengunjungi pasar tempatan dikenali sebagai Tamu di pekan Tambunan. Pasar itu dibuka pada setiap petang Rabu dan pagi Khamis.

Di pasar ini, penduduk dari sekitar kawasan berdekatan menjual pelbagai barangan termasuk sayur-sayuran.

8. Sub-Stesen Gunung Alab

Sub-Stesen Gunung Alab

Sub-Stesen Gunung Alab, Tambunan merupakan salah satu sub-stesen di bawah pengurusan Taman Banjaran Crocker.

Alam semulajadi disini sungguh indah dan kaya dengan flora dan fauna. Udara di atas Banjaran Croker juga sangat sungguh segar, jauh dari hiruk-pikuk kota raya, aman, damai dan nyaman.

Antara tarikan di sini ialah Kebun Nepenthes, Rhododendron dan Orkid serta Denai Minduk Sirung sejauh 12km bermula dari Sub-Stesen Gunung Alab ke Sub-Stesen Mahua, Tambunan.

Sesuai untuk anda yang menyukai penerokaan lasak, sila sediakan peralatan yang sesuai untuk aktiviti yang anda hendak sertai.

Jangan lupa membawa lampu suluh jika bercadang bermalam. Penginapan juga disediakan di sini.

9. Gunung Wakid

Gunung Wakid

Jika anda seorang yang suka mendaki atau baru mula berjinak dalam aktiviti mendaki gunung, ini merupakan destinasi yang harus berada di dalam senarai gunung yang anda akan daki. 

Tidak seperti Gunung Kinabalu, Gunung Wakid hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk sampai ke puncak. 

Selain itu juga, apabila menuruni Gunung Wakid ini anda akan melalui satu air terjun yang sangat menarik iaitu air terjun Kolopis.

10. Tambunan Salt Trail

Tambunan Salt Trail

Bagi mereka yang suka akan cabaran dalam aktiviti menjelajah hutan atau ‘Jungle trekking’, Tambunan Salt Trail ini harus adalah dalam senarai anda. 

Perjalanan bermula di Kampung Tikolod, Tambunan dan berakhir di Kampung Inobong, Penampang dan mengambil masa lebih kurang 4 hari.

Perjalanan ini pasti akan menyajikan anda dengan keindahan flora dan fauna yang sangat menarik dan sukar didapati dimana-mana selain Borneo.

11. Kampung Tikolod

Kampung Tikolod terletak lebih kurang 18 km dari pekan Tambunan.

Apa yang menarik di kampung ini adalah mereka adalah pengeluar halia yang terbesar dan juga merupakan pembuat alat muzik traditional seperti sompoton, bungkau, tongkungon dan togunggak. 

Para pengunjung boleh melihat dengan sendiri bagaimana alat muzik ini di buat. Tentu sekali anda ingin mengetahui keunikan alat muzik tradisional ini.

12. Kampung Tombotuon dan Kampung Minodung

Dua buah kampung ini merupakan kampung tradisional yang terdapat di Tambunan.

Di Kampung Minodung, anda boleh mencuba aktiviti seperti “manahu” iaitu aktiviti memancing di sungai dan di Kampung Tombotuon anda boleh belajar membuat pelbagai kraf tradisional.

13. Tambunan Viewing Point (Sinurambi Tambunan)

Tambunan Viewing Point

Ini merupakan tarikan yang terbaru terdapat di Tambunan dan telah dirasmikan pada December 2016 yang lepas.

Reka bentuk yang sangat menarik iaitu menyerupai sebuah “wakid”, satu kraf tradisional yang digunakan untuk membawa padi. 

Jika anda berkunjung ke sini, pastikan anda membawa baju panas kerana kawasan di sini sangat berangin dan sejuk.

14. Sistem “Tagal” Sungai Tambunan

Sistem “Tagal” merupakan satu sistem di mana sumber dari sungai yang di tagal seperti ikan di larang untuk di ambil, sistem ini sangat berkesan untuk memulihkan ekosistem. 

Pada setiap tahun, larangan ini akan dikecualikan selama tiga hari dan komuniti yang berada di kawasan sistem tagal ini dibenarkan untuk memancing di kawasan tersebut.

Jika ini aktiviti yang anda suka, siapkan kelengkapan pancing anda. Sangat pasti anda akan dapat memancing banyak ikan.

15. Kembara Kampung Widu

Kampung Widu

Siapa sangka Kampung Widu yang tersorok jauh di pedalaman mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Kampung Widu terletak 60 km dari Bandar Kota Kinabalu, iaitu kira-kira dua jam perjalanan. Kampung ini terletak dalam Daerah Tambunan.

Kampung widu merupakan kawasan yang belum diterokai sepenuhnya. Kawasan ini kaya dengan flora dan fauna yang begitu memukau.

NOTA EDITOR: Jika anda anda lokasi menarik di daerah Tambunan untuk dimasukkan, hubungi kami untuk dimasukkan ke dalam senarai.

BACA INI JUGA: 9 Tempat Menarik Pulau Labuan Untuk Dikunjungi

sumber: kamarularnizam | borneodihati

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/04/lokasi-pelancongan-menarik-di-tambunan.html#ixzz4zXmAARuD 
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
Share: